Tuesday, September 8, 2009

Kaut Keuntungan HARAM

Alhamdulillah.

Selesai tazkirah ramadhan 'sempena nuzul quran' amat terasa begitu jauh beza antara sahabat2 dizaman Nabi SAW beriman dengan ajaran Allah.Hari2 yang deberi kita kelebihan ganjaran semakin meninggalkan kita.10 pertenghan sudah dipenghujung.Hanya tinggal 10 terakhir.Mudah2an kita semua akan mendapat rahmat dariNya,sempena Ramadhan yang mulia dan amalan berkekalan hingga hari2 seterusnya.

Sempat berbual dengan sahabat2 ketika selesai tarawikh.Cerita yang menggemparkan dan menjijikan menjadi isu dimeja.Kata sahabat,ada sebuah restoran nasi kandar berdekatan sini buka premis perniagaan makanan mereka jam 10am.Walaupun sudah mendapat pekeliling dari Majlis Perbandaran untuk memulakan perniagaan pada pukul 3pm.Ini bukan apa,untuk mengelak dari terus menggalakan lagi pada uang tak berpuasa.Lagi pulak perniagaan ini juga dikira shubahah ( setakat pengajian saya ).Kedai mana tu?oooops...malu saya mendengar nama kedai yang disebutkan,kerana saya mengenali tuan punya kedai tersebut.Banyak juga aktiviti agama yang ditaja beliau.Apakah masalah sebenar yang terjadi ni?
Pihak Majlis juga telah menyerbu premis tersebut,dan merampas Lesen Perniagaan mereka.

Dimanakah kesedaran kita dalam mempertahankan agama Allah?

Nampak gaya nya,lepas ni saya juga tak akan lagi mengunjungi kedai2 seangkatan dengannya.

w'alam

No comments: