Friday, May 29, 2009

Salam Jumaat

سورة التكاثر Sura #102 Makkah

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),
حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ
sehingga kamu masuk kubur.
كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ
(Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang.
ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ
Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu



Allah Sahaja Dapat Membalas JasaMu Ibu.

Dugaan






Salam Perjuangan

Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘kedaulatan melayu’ maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu sebab kitalah kaum asal di Nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang melayu.
Ada yang kata orang melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya. Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum. Namun bagi saya, kemuliaan orang melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam.