Tuesday, September 29, 2009




Assalamualaikum.
Suasana hari raya masih terasa pada 7 syawal.Teringin lah nak melawat apa yang ada di Central Square Sg Petani raya raya ni.MasyaAllah,anak2 muda kita semua dah sambut Chrismas bukan lagi Syawal.Hebat dunia moden kita sekarang ni.Hinguih pun dok meleleh lagi,dok berjalan sambil pegang2an tangan tanpa segan silu di khalayak ramai.
Sampai waktu,zohor.' Dimana surau cik?' tanya saya pada sorang pengawal perempuan.Tingkat 5 nu,katanya.Saya pun pi lah,beserta anak isteri.Tiba2 terkejut jugak tempat wudhuk hanya ada satu saja,itu pun terbuka,habis tu muslimat nak ambik wuduk kat mana?dah la mengadap budak2 moden di food court tu.
Eish eish eish tak kan lah pekerja2 semua lelaki kut?
Yang lagi heran tu,siap ada majlis perasmian!
Wahai majikan yang budiman,jangan lah sekadar lepas batuk ditangga untuk membuat surau tu.Kebajikan meyediakan Surau tu kenalah prihatin sama!
'''''ONE MALAYSIA'''''


Tuesday, September 8, 2009

Kaut Keuntungan HARAM

Alhamdulillah.

Selesai tazkirah ramadhan 'sempena nuzul quran' amat terasa begitu jauh beza antara sahabat2 dizaman Nabi SAW beriman dengan ajaran Allah.Hari2 yang deberi kita kelebihan ganjaran semakin meninggalkan kita.10 pertenghan sudah dipenghujung.Hanya tinggal 10 terakhir.Mudah2an kita semua akan mendapat rahmat dariNya,sempena Ramadhan yang mulia dan amalan berkekalan hingga hari2 seterusnya.

Sempat berbual dengan sahabat2 ketika selesai tarawikh.Cerita yang menggemparkan dan menjijikan menjadi isu dimeja.Kata sahabat,ada sebuah restoran nasi kandar berdekatan sini buka premis perniagaan makanan mereka jam 10am.Walaupun sudah mendapat pekeliling dari Majlis Perbandaran untuk memulakan perniagaan pada pukul 3pm.Ini bukan apa,untuk mengelak dari terus menggalakan lagi pada uang tak berpuasa.Lagi pulak perniagaan ini juga dikira shubahah ( setakat pengajian saya ).Kedai mana tu?oooops...malu saya mendengar nama kedai yang disebutkan,kerana saya mengenali tuan punya kedai tersebut.Banyak juga aktiviti agama yang ditaja beliau.Apakah masalah sebenar yang terjadi ni?
Pihak Majlis juga telah menyerbu premis tersebut,dan merampas Lesen Perniagaan mereka.

Dimanakah kesedaran kita dalam mempertahankan agama Allah?

Nampak gaya nya,lepas ni saya juga tak akan lagi mengunjungi kedai2 seangkatan dengannya.

w'alam

Tuesday, September 1, 2009

Lebih banyak yang masih mendurhakai Allah

Ahad 30hb Ogos 2009.

Perkarangan jam besar sungai petani.
Melihat dari jauh banyak kereta kereta parking ditepi2 jalan,untuk membeli juadah untuk berbuka puasa.Semerbak bau ikan bakar diselubungi asap.Fuuuu telioq aih.
Suasana amat lah meriah,seperti menyambut keramaiaan.Alhamdulillah seronaknya apabila umat bergembira menyambut Ramadhan yang mulia.
Namun....
Dilihat,anak2 gadis yang berpakaian tidak menutup aurat.Dah la itu,baju pulak yang dipakai yang ketat2 dan yang tak berlengan.Fuuuh maju sungguh la kita menyambut ramadhan.Tengok lagi mat2 ronda pasar ramadhan dengan trend rambut pacak mereka,mengorat tak kira siapa,mak budak ka,anak dara orang ka mahupun nenek orang.Jadi kerja pulak dah tanpa segan silu datang dok mengurat kat pasar ramadhan,tambah pulak dengan sigadis gedik yang membalas respond mereka.Hebatnya suasana kita menyambut ramadhan.
Ketika hampir untuk berbuka,tempat duduk dipenuhi dengan remaja,berpasang pasangan.Ada juga yang berkumpulan.Kedengaran sok sek sok sek bila azan berkumandang,semuanya mengagkat tangan untuk berdoa..katanya;mat hang baca doa bohong,aku tak tau nak baca ni..dari meja bersebelahan.begitu senang bermain dengan agama.
Allahu Akhbar.
Dikala yang disurau masjid,mencari 10 pertama untuk mendapat rahmat.Inilah dunia diluar rumah2 Allah.
Ini lah zaman moden yang kita bangga kan.Mana hak Allah,mana hak hambaNya.
Ini baru segelintir dipasar ramadhan,jika berkesempatan nanti kita lihat kegiatan yang tak berpuasa pula..
W'alam