Wednesday, December 16, 2009

Tuesday, December 1, 2009

Basikal lebih 50 tahun












masih dugunakan setiap hari.tuan empunya sudah 83 tahun.tiada sebarang penyakit.sempat berbual dengan beliau,katanya ubat darah tinggi senag saja,ulamkan daun betik,InsyaAllah.

Surau Di Komtar





Inilah keadaan tempat berwudhuk...Fikir lah sendiri,dah naik mual nak cakap!

Friday, November 27, 2009

Wajibkah Jumaat Pada Hari Raya?

Soalan: “Apakah benar jika hari raya berlaku pada Hari Jumaat maka sesiapa yang menunaikan Solat Hariraya tidak wajib lagi untuk dia menunaikan Solat Jumaat?

Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin:
Para fuqaha (sarjana Fekah) berbeza pendapat dalam hal ini. Di kalangan ulama, terutama dalam Mazhab Hanbali menyatakan tidak wajib Jumaat untuk makmum yang sudah menghadiri solat Hariraya, kecuali imam. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w ketika hariraya berlaku pada Hari Jumaat :

قَدِ اجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ

“Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hariraya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hariraya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan Jumaat” (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menyatakan sahih).

Berdasarkan hadis di atas, maka seseorang diberi pilihan sama ada hendak menunaikan solat Jumaat setelah menunaikan Solat Hariraya, atau berpada dengan solat berkenaan. Maka dengan itu dia wajib menunaikan Solat Zohor. Terdapat pendapat di kalangan ulama bahawa Zohor juga tidak wajib disebabkan Nabi s.a.w tidak pun menyebut hal ini dan Hari Jumaat yang diwajibkan adalah Solat Jumaat, maka apabila ia digugurkan tidak perlu mengganti apa-apa. Antara yang berpendapat tidak wajib diganti dengan Zohor ialah al-Imam Syed Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah (1/267, Beirut: Dar al-Fikr).

Apapun, hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, termasuk amalan pada zaman Umar, Abdullah ibn al-Zubair dan Ibn ‘Abbas menyebut perbuatan meninggalkan Jumaat pada hariraya itu أصابت السنة “Betul dari segi sunnah” (lihat: Ibn Taimiyyah, al-Fatawa al-Kubra 2/366, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Cumanya, mereka kebanyakannya berpendapat wajib Zohor. Adapun imam hendaklah menunaikan Jumaat untuk mereka yang hendak menunaikan Jumaat, atau tidak menunaikan Solat Hariraya, maka wajib dia menunaikan Jumaat.

Dengan diakui ada perbezaan pendapat di kalangan sarjana hukum, namun saya cenderung kepada tidak wajib Jumaat bagi makmum yang sudah menunaikan solat Hariraya berdasarkan hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, juga sifat Islam itu sendiri yang meringankan apabila ada ruang kelonggaran. Apatahlagi, maksud perhimpunan kaum muslimin telah tertunai pada hari tersebut, maka perhimpunan solat hariraya sudah dapat memenuhi maksud perhimpunan solat Jumaat.

Tuesday, November 24, 2009

Surau Di Pacific Prai


Ruangan dalaman yang luas dan dingin.Selesa....Namun gambar disebelahnya menggerunkan juga...rekahan dinding!

Alhamdulillah..
surau nampak cantik.ada ramai yg datang menunaikan solat.


Thursday, November 19, 2009

Thursday, November 5, 2009

Alternatif




Sempat Lagi...


Kencing Manis ( P 2 )

4.11.2009
Pulang lah jiran ini,namun jari kaki beliau terpaksa dipotong lagi satu.Jari kelingking.Hanya tinggal 1 ibu jari di kakinya.Paras gula 7 ketika keluar dari hospital.Anak2 amat terharu dengan kejadian yang menimpa ibu mereka.Terlalu hiba suasana dirumah.

'Hindari lah penyakit ini dari awal,bukan dah teruk baru nak berubat'katanya..
Mudah2an beliau berjaya menjalani kehidupannya dengan tabah.

Monday, October 26, 2009

kencing manis


Assalamualaikum


Melawat jiran yang terpaksa memotong tiga jari kaki,24.10.2009.akibat kencing manis.Namun pengajaran disebalik kejadian ini,adalah...


Beliau seorang ibu,surirumah sepenuh masa.mendidik 4 orang anak dan isteri kepada seorang Polis.Telah mengidap selama 7 tahun penyakit ini.Setahun kebelakangan ini baru lah serius penyakitnya.Akibat terpaksa mejaga aktiviti harian anak2nya beliau manangguhkan untuk ke hospital.Kaki bertambah teruk hingga tak dapat berjalan sendiri lagi.Perkataan yang amat sedih ' tunggu angah balik dari asrama dulu,baru boleh pi hospital,kalu tak siapa nak jaga anak2 yang nak periksa ni'.Inilah kasih seorang ibu.

Semoga Allah membalas jasa mu 'IBU'

Wednesday, October 21, 2009

nokia 5800 xpm


Ada kelebihan ada jugak kelemahan.


Mengaji boleh tulis kat skrin dan simpan.


Kelemahan pada murid2 sekolah,jangan lalai bermain dgn HP.

Tuesday, October 20, 2009

kematian ibu tersayang


AlFatihah

Sahabat Saya baru kehilangan ibunya tersayang...


ronda tanjong dawai


Ronda tanjong dawai......bau ikan masin!!

Tuesday, September 29, 2009




Assalamualaikum.
Suasana hari raya masih terasa pada 7 syawal.Teringin lah nak melawat apa yang ada di Central Square Sg Petani raya raya ni.MasyaAllah,anak2 muda kita semua dah sambut Chrismas bukan lagi Syawal.Hebat dunia moden kita sekarang ni.Hinguih pun dok meleleh lagi,dok berjalan sambil pegang2an tangan tanpa segan silu di khalayak ramai.
Sampai waktu,zohor.' Dimana surau cik?' tanya saya pada sorang pengawal perempuan.Tingkat 5 nu,katanya.Saya pun pi lah,beserta anak isteri.Tiba2 terkejut jugak tempat wudhuk hanya ada satu saja,itu pun terbuka,habis tu muslimat nak ambik wuduk kat mana?dah la mengadap budak2 moden di food court tu.
Eish eish eish tak kan lah pekerja2 semua lelaki kut?
Yang lagi heran tu,siap ada majlis perasmian!
Wahai majikan yang budiman,jangan lah sekadar lepas batuk ditangga untuk membuat surau tu.Kebajikan meyediakan Surau tu kenalah prihatin sama!
'''''ONE MALAYSIA'''''


Tuesday, September 8, 2009

Kaut Keuntungan HARAM

Alhamdulillah.

Selesai tazkirah ramadhan 'sempena nuzul quran' amat terasa begitu jauh beza antara sahabat2 dizaman Nabi SAW beriman dengan ajaran Allah.Hari2 yang deberi kita kelebihan ganjaran semakin meninggalkan kita.10 pertenghan sudah dipenghujung.Hanya tinggal 10 terakhir.Mudah2an kita semua akan mendapat rahmat dariNya,sempena Ramadhan yang mulia dan amalan berkekalan hingga hari2 seterusnya.

Sempat berbual dengan sahabat2 ketika selesai tarawikh.Cerita yang menggemparkan dan menjijikan menjadi isu dimeja.Kata sahabat,ada sebuah restoran nasi kandar berdekatan sini buka premis perniagaan makanan mereka jam 10am.Walaupun sudah mendapat pekeliling dari Majlis Perbandaran untuk memulakan perniagaan pada pukul 3pm.Ini bukan apa,untuk mengelak dari terus menggalakan lagi pada uang tak berpuasa.Lagi pulak perniagaan ini juga dikira shubahah ( setakat pengajian saya ).Kedai mana tu?oooops...malu saya mendengar nama kedai yang disebutkan,kerana saya mengenali tuan punya kedai tersebut.Banyak juga aktiviti agama yang ditaja beliau.Apakah masalah sebenar yang terjadi ni?
Pihak Majlis juga telah menyerbu premis tersebut,dan merampas Lesen Perniagaan mereka.

Dimanakah kesedaran kita dalam mempertahankan agama Allah?

Nampak gaya nya,lepas ni saya juga tak akan lagi mengunjungi kedai2 seangkatan dengannya.

w'alam

Tuesday, September 1, 2009

Lebih banyak yang masih mendurhakai Allah

Ahad 30hb Ogos 2009.

Perkarangan jam besar sungai petani.
Melihat dari jauh banyak kereta kereta parking ditepi2 jalan,untuk membeli juadah untuk berbuka puasa.Semerbak bau ikan bakar diselubungi asap.Fuuuu telioq aih.
Suasana amat lah meriah,seperti menyambut keramaiaan.Alhamdulillah seronaknya apabila umat bergembira menyambut Ramadhan yang mulia.
Namun....
Dilihat,anak2 gadis yang berpakaian tidak menutup aurat.Dah la itu,baju pulak yang dipakai yang ketat2 dan yang tak berlengan.Fuuuh maju sungguh la kita menyambut ramadhan.Tengok lagi mat2 ronda pasar ramadhan dengan trend rambut pacak mereka,mengorat tak kira siapa,mak budak ka,anak dara orang ka mahupun nenek orang.Jadi kerja pulak dah tanpa segan silu datang dok mengurat kat pasar ramadhan,tambah pulak dengan sigadis gedik yang membalas respond mereka.Hebatnya suasana kita menyambut ramadhan.
Ketika hampir untuk berbuka,tempat duduk dipenuhi dengan remaja,berpasang pasangan.Ada juga yang berkumpulan.Kedengaran sok sek sok sek bila azan berkumandang,semuanya mengagkat tangan untuk berdoa..katanya;mat hang baca doa bohong,aku tak tau nak baca ni..dari meja bersebelahan.begitu senang bermain dengan agama.
Allahu Akhbar.
Dikala yang disurau masjid,mencari 10 pertama untuk mendapat rahmat.Inilah dunia diluar rumah2 Allah.
Ini lah zaman moden yang kita bangga kan.Mana hak Allah,mana hak hambaNya.
Ini baru segelintir dipasar ramadhan,jika berkesempatan nanti kita lihat kegiatan yang tak berpuasa pula..
W'alam

Thursday, August 13, 2009

Selamat Datang Ramadhan


Tarikh melihat anak bulan Ramadan ditetapkan pada petang 20 Ogos ini.

Tuesday, August 11, 2009

The Best Putter

Salam,
Di ketika dunia menghadapi banyak bala Allah,masih ada yang berkesempatan menggunakan peralatan sukan yang mewah.RM1300 dibelanjakan hanya untuk sebatang besi????Namun ia tetap menjadi kebanggaan setiap yang menggunakannya...Mudah2an peralatan yang canggih,infaknya juga canggih.InsyaAllah

Tuesday, July 21, 2009

Sistem Pembelajaran Yang Gagal


Salam


Inikah hasil dari sistem pembelajaran kita.
Inilah yang patut diambil beratkan bukannya,mansuh UPSR,PPSMI....Aset utama negara ada RAKYAT.Kena fikir cara lain,bukan setakat pembelajaran untuk lulus periksa sahaja.








Ini juga hasilnya...Apabila terlalu advance,dah salah guna waktu sekolah.Bahasa yang digunakan juga amat jijik didengar sebagai alat komunikasi murid2 sekolah.

Tuesday, July 7, 2009

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Friday, July 3, 2009

Buat Kali Terakhir


Footage of Michael Jackson two days before his death shows him rigorously rehearsing.

Tuesday, June 30, 2009

Ajal



Walaupun hidup dikelilingi doktor doktor peribadi dan ubat ubat menjadi pelindung,namun ia akan tetap tiba.'AJAL'

Wednesday, June 24, 2009

Azab Allah



Inilah yang kita sedang hadapi H1N1.Lihatlah dari pelbagai sudut,bukan sahaja sains nya sahaja.AzabNya akan turun kepada semua.Adakah kita mampu melawannya???hanya beterbangan dari angin dan manusia terus menerimanya.Alangkah besarnya,kuasa Allah.Allahu Akhbar.Ambillah pengajaran darinya,kembalilah kepangkal jalan dan patuhi perintahNya.

Monday, June 15, 2009


ZAMAN KEGELAPAN ISLAM DAN KETIBAAN
ERA KEBANGKITAN ISLAM






Seruan kepada mereka yang memiliki kesedaran...
Manusia seolah-olah sudah lali dengan perkara-perkara yang sering mereka temui setiap hari. Apabila manusia pertama kali mendengar sesuatu berita tentang kekejaman yang berlaku, mereka menjadi begitu prihatin. Namun demikian, keprihatinan mereka itu hanya menjadi suatu perkara rutin tidak berapa lama kemudian.
Peperangan dan konflik yang berlaku di dalam dunia yang sedang kita diami ini adalah kes yang paling jelas dan nyata. Apabila sesebuah negara dijajah dan kemudian proses penyembelihan dan genocide (Pent: Tiada terjemahan tepat untuk perkataan genocide, maka istilah ini dikekalkan. Genocide ber­maksud pembunuhan seluruh bangsa atau kaum yang tertentu) bermula, kita akan dapat melihat banyak protes-protes anti-kekejaman yang diadakan di seluruh pelusuk dunia. Sebagai contoh, mari kita merenung semula detik-detik pertama tercetusnya konflik di Bosnia, ataupun Chechnya, ataupun Palestin... Imej seorang kanak-kanak Palestin yang berada di riba ayahnya yang tidak lama selepas itu menjadi sasaran peluru askar-askar Israel, bayi-bayi Chechen yang dibunuh ketika mereka sedang lena diulit mimpi, wanita, golongan tua dan kanak-kanak yang menjadi mangsa genocide yang sangat mengerikan di Bosnia...
Apabila manusia pertama kali melihat imej-imej kekejaman tersebut, mereka sering meluahkan perasaan marah dan berkata mahu melakukan sesuatu. Walau bagaimanapun, laporan-laporan kekejaman yang bertali-arus, yang tidak pernah putus-putus itu, akhirnya tidak berupaya untuk menarik perhatian mereka lagi. Semakin ramai manusia yang mati setiap hari, wanita-wanita dicabul kehormatannya, kanak-kanak sewenang-wenangnya ditembak atau kehilangan kaki setelah terpijak periuk api... Walau bagaimanapun, reaksi masyarakat ketika awal-awal konflik dan peperangan, akhirnya telah digantikan dengan sikap acuh tak acuh dan tidak ambil kisah. Apabila mereka membeli suratkhabar, mereka lebih suka membaca gosip-gosip artis berbanding berita-berita peperangan. Oleh sebab itulah, kematian manusia yang berlaku di Palestin, Chechnya, Kashmir ataupun Timur Turkistan hanya sekadar menjadi suatu "berita rutin."
Tambahan pula, propaganda-propaganda yang dicipta telah menggambarkan kebuasan-kebuasan manusia itu sebagai suatu perkembangan politik sahaja. Akibatnya, pembunuhan berterusan di Chechnya hanya dianggap sebagai urusan sulit pihak Rusia, apa yang berlaku di Palestin hanyalah suatu perjuangan untuk mendapatkan tanah di antara orang-orang Israel dan Palestin, dan penekanan puak Hindu ke atas penduduk Kashmir sebagai masalah yang berpunca daripada posisi strategik wilayah itu. Memang benar bahawa faktor sejarah dan ekonomi memainkan peranan penting yang mencetuskan konflik-konflik tersebut. Chechnya mempunyai kepentingan ekonomi dan strategi yang penting kepada Rusia. Orang-orang Yahudi yang fanatik terus berniat untuk menawan Jerusalem dan kawasan-kawasan pendudukan Palestin yang lain sejak berabad-abad lamanya. Namun demikian, faktor-faktor dalaman dan ekonomi bukanlah satu-satunya penyebab kepada tekanan yang dikenakan kepada orang-orang Chechen oleh pihak komunis Rusia, ataupun kekejaman yang dilakukan kepada umat Islam di Afrika, ataupun keganasan dan proses pembersihan etnik yang dideritai oleh umat Islam di rantau Balkan yang dilakukan di hadapan mata penduduk dunia. Di dalam bab-bab yang seterusnya, kita akan dapat melihat bahawa konflik-konflik yang tercetus itu adalah disebabkan identiti umat Islam itu sendiri.
Mereka dihimpit dengan berbagai-bagai bentuk penindasan kerana mereka adalah golongan yang beriman kepada Allah dan mahu hidup dengan berlandaskan Islam, dan mahu melihat anak-anak mereka menjadi orang-orang yang beriman juga. Kewujudan negara-negara kuat yang mementingkan nilai-nilai spirituil atau sebuah liga Islam yang kuat yang akan melindungi hak-hak umat Islam seadil-adilnya, telah menimbulkan ketakutan kepada golongan-golongan tertentu di Barat dan juga telah menimbulkan ancaman terhadap kepentingan pihak-pihak tertentu.
Aspek lain tentang hal ini ialah terdapat sesetengah manusia yang tidak mengetahui apa-apa pun tentang masyarakat yang hidup di negara-negara tersebut, dan malah tidak pernah mendengar sama sekali nama negara-negara itu. Situasi bagi seseorang yang tidak memiliki sebarang idea tentang kepayahan, penindasan, kekejaman, kebuluran, dan kemiskinan yang dideritai oleh umat Islam Sudan, Algeria, Indonesia, Myanmar, Djibouti dan Tunisia sebenarnya memerlukan suatu "makanan" untuk mengisi minda mereka. Ada juga segelintir manusia yang menyedari kekejaman dan ketidakadilan tersebut. Namun dia tidak mencuba untuk menghulurkan sebarang bantuan ataupun berusaha untuk menghentikan penindasan tersebut. Tambahan lagi, mereka sungguh yakin bahawa mereka tidak dapat melakukan apa-apa, malah laporan-laporan yang dibaca dan imej-imej kekejaman yang dilihat menerusi televisyen tidak dapat menyedarkan mereka walaupun sedikit.
Seseorang yang benar-benar beriman, walau bagai­mana­pun,bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang mereka lihat dan dengar.


Allah menyeru umat Islam di dalam Al-Quran:
Mengapa kamu enggan berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami. Keluarkanlah kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu. Dan berilah kami penolong dari sisi-Mu." (An-Nisaa', 75)


Sudah tiada sebab lagi bagi orang-orang yang memiliki kesedaran, yang patuh kepada arahan yang terkandung di dalam ayat di atas untuk terus menutup mata dan tidak mengendahkan apa yang sedang berlaku. Adalah sesuatu yang mustahil untuk umat Islam tidur dengan nyenyak di atas katil tanpa wujud sebarang perasaan tanggungjawab di hati mereka, membazirkan masa mereka, dan hanya memikirkan tentang kepentingan dan keseronokkan dirinya sahaja sewaktu kekejaman yang melampau-lampau sedang berlaku di seluruh dunia. Ini kerana orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kunci asas untuk menyelesaikan masalah peperangan yang berat sebelah, pembunuhan beramai-ramai, kekejaman, kebuluran, dan kebejatan masalah sosial, atau dengan ringkas segala masalah yang ada di dunia ini, adalah dengan menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran. Pengetahuan tentang perkara tersebut telah meletakkan suatu tanggungjawab besar di atas bahu mereka: iaitu menerangkan tentang ajaran Islam dan keindahan-keindahan yang dibawa olehnya, menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran, dan melancarkan peperangan ideologi kepada golongan ateis... (Pent: iaitu golongan yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan)
Sesiapa yang mengambil tugas mulia tersebut akan dapat membebaskan semua insan yang hidup di bawah penindasan dengan bantuan petunjuk al-Quran:


...Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang dengan izin-Nya, dan menunjuk mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maaidah, 15-16)

Friday, June 12, 2009

GOTONG ROYONG DAN PERASMIAN DEWAN13.6.2009

Assalammualaikum Semua Kawan Kawan

Dijemput Hadir Majlis Perasmian Dewan Taman Sejati Indah.

Pada Sabtu 13Hb Jun 2009
Jam 8.00 pagi Hingga 12.00 Tengahari.

Akan dirasmikan oleh YB Abdullah Jusoh.
Exco Pelajaran Dan IT Kedah.

Mai jangan tak mai,tengahari ada kenduri.

سورة الزلزلة Sura #99 Madina


إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,


وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا

Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,


وَقَالَ الْإِنسَانُ مَا لَهَا

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi?

يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا

Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:

بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا

Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).


يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.


Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!



Thursday, June 11, 2009





Ditembak dalam masjid
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my



SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun - Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).
Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.
KEJAM..KEJAM..KEJAM





Wednesday, June 10, 2009

Molekul Air Zam Zam

Friday, May 29, 2009

Salam Jumaat

سورة التكاثر Sura #102 Makkah

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),
حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ
sehingga kamu masuk kubur.
كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ
(Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang.
ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ
Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu



Allah Sahaja Dapat Membalas JasaMu Ibu.

Dugaan






Salam Perjuangan

Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘kedaulatan melayu’ maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu sebab kitalah kaum asal di Nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang melayu.
Ada yang kata orang melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya. Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum. Namun bagi saya, kemuliaan orang melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam.